1.Dulu, Akademi AlQuran memang jadi favorite aku sebab selain aku ni agak kurang tahu tentang taranum, aku jugak jenis yang malas nak baca terjemahan alQuran. Jadi, bila ada peluang melalui program tv macam ni, maka 'celik' jugak la aku dengan makna ayat-ayat AlQuran ni. Ditambah lagi dengan bacaan budak-budak peserta yang bersungguh-sungguh tu, membuatkan aku bertambah minat nak menonton. Maklumlah, sekarang ni kan banyak sangat rancangan hiburan yang tah apa-apa tah tu. Terkinja-kinja, sampai meluat aku tengok. Jadi bila ada rancangan macam ni, ade la nilai pendidikan sikit.
2. Tapi yang aku nk complain ni pun pasal rancangan tu lah. Mana ke tidaknya, dulu kita boleh tengok 'jiwa' dalam program tu sebab penghayatan peserta, teguran para hakim yang ade lucu dan tegasnya, suasana penonton yang teruja dan yang penting, flow cerita yang menarik. Itulah daya penarik rancangan ni.
3. Sekarang ni, AQ lebih pada TV9 punya modal nak dapat untung menerusi iklan. Dah la pengacara kaku tak tentu hala(yang sharifah hasif tu ok la sikit), bacaan peserta dilajukan, kualiti yang diterima sebagai peserta tak seperti yang diharapkan, ditambah pulak coment juri yang disekat-sekat dan yang paling aku menyampah tahap maksima, bila iklan punya masa melebih-lebih berbanding waktu rancangan. Apa sudah jadi ni. Semua benda pun nak diniagakan ker? Mana perginya rasa tanggungjawab sosial?
4. Jadi, bila keruntuhan akhlak melanda dengan hebatnya, kita janganlah buat-buat hairan pulak. Kalu rancangan agama pun pun dah nak jual beli, ini kan pulak kehidupan seharian. Alangkah rugi kalau manusia itu hanya nampak keuntungan duniawi sahaja.
betul. shiema setuju sgt dengan cikgu. i like your post! like! like! like!
ReplyDeletewow..peminat AQ...chaiyok2..
ReplyDelete