Sunday, 13 March 2011

Idola Kecil-Realiti TV Kanak-Kanak

1.Cerita bab realiti tv ni aku masih tertanya-tanya, sejauhmana peluang budak-budak peserta ni boleh survive dalam realiti kehidupan selepas alam remaja nanti. Mengimbau  balik sejarah budak-budak menjadi penyanyi sejak zaman aku tak lahir lagi (contohnya Anuar Zain yang menyanyikan lagu Kain Pelekat dengan kakak beliau, Ziana Zain), masa telah membuktikan mereka telah pun berjaya menjadi seorang artis. Itu zaman dulu, yang kita pun tahu serba kekurangan dari segi support kewangan mahupun moral. Jadi ayat yang terlintas dalam kepala aku bila memikirkan perkara-perkara ni ialah 'Mengagumkan'.

2. To be honest, aku akuilah, kualiti suara budak-budak yang jadi peserta Idola Kecil ni memang menarik dan best. Aku dah ikut rangcangan ni sejak Idola yang pertama dulu, aku bagi thumbs up untuk semua, walaupun pun ada tersingkir. Biasalah tu, adat pertandingan, ada kalah, ada menang. Yang terkini, aku sedang menyaksikan peserta yang menyanyikan lagu Permata Biru, nyanyian Ella Ratu Rock. Peserta ni, Adibah namanya, relaxs jer nyanyi. Takda masalah langsung.

3. Tapi bila aku fikirkan sejenak, kemana pulak budak-budak ni akan menuju sejurus selepas program tamat? Takan sekadar menyertai dan menyepi. Ini tidak adillah kepada mereka yang sanggup meninggalkan kelas pembelajaran sekolah, waktu kanak-kanak yang sepatutnya dihabiskan dengan bermain dan bersosial serta berlatih bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap yang terbaik sebagai peserta dalam program ni.

4. Kalau di sekolah, bidang ko-kurikulum diberi perhatian dengan mewujudkan Tunas Cemerlang dan Sukan Teras, kenapa pulak bidang seni seperti ini, dimana pelajar-pelajar berbakat diberi peluang untuk terus cemerlang dalam bidang yang mereka gemari, tidak diwujudkan. Mungkin ada yang akan kata, idea ni seolah satu bentuk cadangan yang cuba menjahanamkan kanak-kanak dengan dunia hiburan. Tapi aku ada pandangan yang berbeza. Jika kita memberi pendidikan yang terancang selain mengasah bakat golongan muda ini, insyallah pendidikan dalam kelas bukanlah satu-satunya cara untuk mencapai masa depan yang terjamin.

5. Di Barat, kita maklum terdapat golongan kanak-kanak yang telah pun menjadi jutawan hanya kerana bakat yang besar dalam bidang seni. Antara contoh mudah yang aku boleh bagi, Daniel Racliffe (Harry Potter), Maccaulay Culkin (Richie Rich), Justin Bieber (Baby) dan ramai lagi. Ini tak termasuk yang main alat muzik seperti piano, violin, gitar, biola (yang selalunya kita refer kepada anak golongan kaya) dan sebagainya. Golongan kanak-kanak dan remaja seperti mereka ini, mungkin bukan golongan yang cemerlang dalam pelajaran, tetapi bakat senilah seharusnya dijadikan sebagai penentu masa depan. Tapi jangan pulak kita ambil contoh kehidupan golongan ni dimana kekayaan dan dunia glamor telah menyebabkan kerosakkan ahklak dan keruntuhan institusi keluarga. Walaupun kita mempunyai niat yang baik untuk meningkatkan pencapaian bidang seni meraka, satu kerangka pendidikan perlulah disusun dan diterapkan kepada mereka. Kita kena ingat, ilmu itu membimbing.

6. Persoalan sekarang pulak, apa jenis ilmu yang kita nak beri? Adakah perlu sebuah sekolah bidang kesenian  untuk diwujudkan? Bagaimana mahu menilai tahap kecekapan kesenian golongan kanak-kanak ini? Adakah bidang pendidikan seni ini melibatkan Kememterian Pelajaran atau perlu diwujudkan kementerian yang baru? Seterusnya, bagaimana pulak peluang ke institut pengajian tinggi nanti? Sejauhmanakah pulak peluang golongan pelajar seni ini dalam dunia karier nanti? Dan yang paling penting, benarkan kita serius terhadap perkembangan dunia seni di Malaysia? Persoalan seperti inilah yang akan diajukan apabila kita berhasrat untuk mewujudkan sesuatu yang baru. Adakah aku akan menjawabnya disini? Jawapannya, ya. Cuma bukan di ruangan nurkilan ini.

7. Realiti TV berkaitan remaja dan kanak-kanak, bagi aku memang berjaya. Ini tak termasuk kebolehan kanak-kanak menjadi pengacara program, penulis, pelukis, penari, model iklan dan sebagai. Jika orang selalu mengutuk bahawa tindakan membiarkan kanak-kanak terlibat dengan dunia seni adalah satu penganiayaan kerana mengabaikan pendidikan wajib sekolah, bagi aku pulak, individu yang mempunyai narrow minded sahaja yang akan berpendapat sedemikian. Kerana, jika kita berikan peluang yang bersungguh-sungguh dan galakkan yang membina, golongan yang berbakat seni ini jauh lebih berjaya dari golongan yang dipaksa untuk belajar tetapi berakhir dengan kegagalan PMR dan SPM tanpa ada sebarang kemahiran.

Insyallah kita akan berbincang lagi di masa hadapan..salam

2 comments: